Mungkin ada sesetengah daripada kita yang tidak tahu tentang batasan aurat.....
Antara soalan-soalan yang sering diajukan olah rakan saya ialah:
Soalan: Apakah batas aurat seorang wanita dengan muhrim seperti ayah , abang dan adik lelaki ??
Jawapan: Seorang perempuan hanya boleh mendedahkan rambut dihadapan mahramnya . Serta kebiasaan-kebiasaan lain sepertimana kebiasaannya ketika berada bersama perempuan islam, namun tetap perlu memelihara sifat malu serta kemuliaan dirinya, sekalipun berada bersama keluarga.Tidak boleh (haram) bagi seorang perempuan memakai seluar pendek mendedahkan betis dan pahanya walau di dalam rumahnya.Demikian itu adalah perbuatan orang yang tidak berakhlak.
Soalan: Adakah sama hukumnya melihat aurat bukan islam dengan melihat aurat sesama islam???
Jawapan: Ya, hukumnya sama sahaja . Berdosa melihat aurat orang dengan sengaja. Sebab itulah Allah s.w.t menyuruh orang lelaki dan perempuan yang beriman menundukkan pandangannya atau mengawal pandangannya.
Soalan: Apakah batas aurat antara seorang wanita muslim dengan seorang wanita bukan muslim???
Jawapan: Hukum antara seorang wanita muslim dengan wanita bukan muslim ialah seperti aurat antara seorang wanita muslim dengan bukan mahramnya... Iaitu semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan...
Batas-batas aurat ini perlulah dijaga agar martabat sebagai seorang muslim tidak akan tercalar..
Sekian, terima kasih.....
Wallahualam....
Monday, November 22, 2010
BATAS AURAT
Posted by Muhammad Zhahir bin Zainal Abidin at 12:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment